MENU
Mengapa Anda Perlu Membayar cukai Tanah?

a. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah (atau wakil bagi pihaknya) untuk membayar cukai tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Hasil Tanah.

Bila Anda sepatutnya Membayar Cukai Tanah?

a. Sekali setahun.
Mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun.

Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Tanah?

a. Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965 :
Setiap Tanah Berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab menjelaskan Cukai Tanah.
"Cukaisewa yang kena dibayar mengenai mana-mana tanah berimilik hendaklah dibayar oleh atau bagi pihak tuanpunya..."
Selepas perjanjian jual-beli ("Sales and Purchase Agreement") telah meterai oleh kedua-dua pihak penjual (atau pemaju tanah/perumahan) dan pembeli, urusan membayar Cukai Tanah adalah menjadi tanggungjawab pihak pembeli.

Apa itu Cukai Tanah?

a. Ditafsirkan sebagai Cukaisewa di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965 sebagai :

1. Apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri (PNB) sebagai Cukaisewa.

2. Apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendaklah dipungut seolah-olah ianya cukai sewa atau hasil tanah; dan

3. Apa-apa bayaran terhutang kepada PBN sebagai Tunggakan Cukaisewa.

Implikasi Jika GAGAL Menjelaskan Cukai Taksiran/Cukai Pintu?

a. Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 :
Harta anda akan DISITA

Mengapa Anda Perlu Membayar Cukai Taksiran/Cukai Pintu?

a. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik harta (atau wakil bagi pihaknya) untuk membayar cukai harta kepada Pihak Berkuasa Tempatan, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Taksiran.

Bila Anda Sepatutnya Membayar Cukai Taksiran/Cukai Pintu?

a. 2 kali setahun pada :
a) 1 Januari hingga 28 Februari setiap tahun; dan
b) 1 Julai hingga 31 Ogos setiap tahun.

Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Taksiran/Cukai Pintu?

a. Seksyen 146, akta Kerajaan tempatan 1976 (Akta 171) :
" Semua kadar (Cukai Taksiran/Cukai Pintu) hendaklah dibayar oleh orang yang mana adalah pemunya pegangan pada masa itu... "
Semua pemilik berdaftar bagi premis kediaman, perniagaan, perindustrian dan tanah kosong adalah tertakluk kepada Akta di atas.
Seksyen 155 akta yang sama menerangkan bahawa sekiranya penyewa sesuatu presmis terpaksa membayar cukai taksiran bagi pihak pemilik berdaftar pegangan maka penyewa tersebut boleh memotong daripada bayaran sewanya selepas saja daripada itu berapa saja amaun yang telah dibayar.

Apa itu Cukai Taksiran /Cukai Pintu?

a. Cukai Taksiran/Cukai Pintu dikuatkuasakan mengikut peruntukan Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Ia adalah cukai yang dikenakan ke atas harta tanah yang terletak di Kawasan Majlis dalam Negeri Selangor meliputi harta-harta berikut :
a) Kediaman
b) Perniagaan
c) Perindustrian
d) Tanah Kosong

Kemaskini Terakhir: Selasa, 16 Oktober 2018 - 11:27pm