MENU

 

Hubungi Kami : Bahagian Kemudahan Awam (Tel:03-6120 2962) (Faks:036120 2964)

Majlis Perbandaran Selayang adalah sebuah PBT di Selangor yang terpilih untuk menjayakan Kompleks Muhibah. Ianya terletak di Taman Industri Bolton. Kompleks Muhibah mempunyai kemudahan asas yang cukup sempurna terutamanya tandas, surau serta terlindung dari panas dan hujan. Ianya juga dijadikan sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti perniagaan dan dalam masa yang sama juga dijadikan satu lokasi pertemuan penduduk untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan, sukan dan rekreasi yang menarik dan selesa. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah :-
  • Majlis perkahwinan (India dan Melayu)
  • Majlis Hari Jadi
  • Seni Silat Gayung
  • Kelas Karate Do
  • Sukan Badminton / Sepak Takraw
  • Pameran Perabut
  • Perlawanan Footsal
  • Pertandingan Kereta Kawal Jauh
  • Sambutan Hari Raya (Persatuan Bekas Tentera)
  • Kempen Derma Darah
  • Pertandingan Karaoke
  • Lain-lain
Fungsi
  1. Berfungsi sebagai Kompleks Siang dan Malam. Aktiviti perniagaan pasar atau medan selera boleh dijalankan serentak dengan kawasan yang cukup luas.
  2. Berfungsi sebagai ruang serbaguna dan boleh digunakan untuk aktiviti sukan dan rekreasi apabila aktiviti menjaja tidak dijalankan.

 

Kemaskini Terakhir: Isnin, 18 Disember 2017 - 9:07am