MENU

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menjalankan operasi sitaan berikutan daripada kedegilan para pemilik premis yang masih enggan menjelaskan cukai taksiran masing-masing walaupun beberapa siri nasihat dan notis dikeluarkan oleh MPS.

Operasi telah berlangsung pada 21 Disember 2017 betempat di Taman Prima Selayang dan Taman Bukit Idaman. Ianya membabitkan 8 buah premis yang masih belum menjelaskan cukai taksiran tertunggak bernilai RM 19,030.10 secara keseluruhan.

Walaubagaimanapun hasil daripada operasi berkenaan pihak MPS telah berjaya mengutip tunggakan berjumlah RM 11,726.60 daripada enam buah premis. Manakala dua buah premis lagi diberikan notis peringatan dan tiada penyitaan dibuat. Turut serta dalam operasi tersebut adalah Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Korporat serta Jabatan Penguatkuasa & Keselamatan.

 

Operasi Sitaan Disember 2017

 

Operasi Sitaan Disember 2017

Kemaskini Terakhir: Rabu, 15 Ogos 2018 - 9:21am