MENU

MPS telah mengadakan program tanggungjawab sosial korporat yang telah berlangsung pada 21 Disember 2017 bertempat di Lobi Menara MPS. Program yang bertajuk Ceria Kembali ke Sekolah Peringkat MPS 2017 ini dianjurkan dengan tujuan untuk membantu ibu bapa daripada kalangan kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah dalam membuat persediaan sempena sesi persekolahan bagi tahun 2018.

Oleh itu, seramai 204 pelajar-pelajar yang terdiri daripada Pusat Jagaan Budaya Harapan, Rumah Kebajikan Karunai Illam, Rumah Baitul Fitrah, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Kheow Bin, Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah dan anak-anak kakitangan MPS Yatim Asnaf telah menerima sumbangan berbentuk pakaian seragam, beg sekolah serta peralatan menulis. Majlis perasmian juga telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Juhari Bin Ahmad, Timbalan Yang Dipertua MPS.

Program Ceria Kembali ke Sekolah Peringkat MPS 2017

 

Program Ceria Kembali ke Sekolah Peringkat MPS 2017

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 Jun 2018 - 12:43pm