MENU

Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan MPS, telah mengadakan Operasi Pusat Cuci Kereta pada 20 Disember 2017 yang meliputi tiga buah tempat iaitu Taman Templer Rawang, Ulu Kepong dan Selayang Segar. Kawasan-kawasan ini telah menjadi tumpuan pengusaha-pengusaha pusat cuci kereta untuk menjalankan perniagaan mereka tanpa memiliki lesen yang sah.

 

Hasil operasi ke atas lima premis perniagaan, pihak MPS mendapati bahawa sebanyak tiga buah gerai telah beroperasi tanpa lesen yang sah. Oleh itu, MPS telah menyita barang-barang perniagaan premis berkenaan seperti kompresor angin, vakum dan alatan-alatan lain.

Manakala, sebuah premis telah ditutup dan lesen perniagaan ditarik kerana telah melanggar peraturan penggunaan lesen tersebut.

 

Tindakan telah diambil mengikut Undang-undang Kecil 3 TRED Perniagaan dan Industri (MPS) 2007. Juga, operasi telah berjalan lancar dengan penglibatan seramai 40 orang yang diketuai oleh Yang Berbahagia Dato’ Juhari Bin Ahmad, Timbalan Yang Dipertua MPS.

 

 

Operasi Pusat Cuci Kereta Besama Timbalan Yang Dipertua MPS

 

Operasi Pusat Cuci Kereta Besama Timbalan Yang Dipertua MPS

Kemaskini Terakhir: Isnin, 19 November 2018 - 12:00am