MENU
Majlis Perbandaran Selayang sedang menjalankan kajian sewaan harta bagi tujuan mengemaskini rekod Cukai Taksiran di seluruh kawasan pentadbiran MPS sepanjang bulan April dan Mei 2017.

 

Sehubungan dengan itu, orang ramai diminta untuk memberikan kerjasama dengan mengemukakan maklumat SEWAAN TERKINI dan lain-lain maklumat berkaitan kepada kakitangan MPS yang akan berada di tapak. Orang ramai boleh mengenali kakitangan ini melalui "Kad Pekerja" dan juga pakaian 'vest' MPS.

 

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pemilik atau penyewa harta boleh hubungi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPS di talian 03-6137 0541/6126 6054.
Kemaskini Terakhir: Khamis, 17 Ogos 2017 - 4:28pm