MENU

Ultimate Direction (UD) The Signature Cross Country Ultra Series 2017 adalah sebuah pertandingan larian antarabangsa anjuran Cyclic Sport dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Acara ini telah berlangsung di Bandar Warisan Batu Arang pada 02 & 03 Disember 2017 dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Amirudin Bin Shari Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan.

Seramai 400 orang pelari daripada pelbagai negara seperti Perancis, Great Britian, Indonesia, Filipina, Singapura, Amerika Syarikat dan juga Malaysia telah menyertai pertandingan ini. Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Salasiah binti Disa, Penyelaras ADN Kuang dan sertai oleh Ahli Majlis Zon 19 iaitu Tuan Ismail bin Hassan.

 

Ultimate Direction (UD) The Signature Cross Country Ultra Series 2017

 

Ultimate Direction (UD) The Signature Cross Country Ultra Series 2017

Kemaskini Terakhir: Rabu, 15 Ogos 2018 - 9:21am