MENU

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan telah menganjurkan Taklimat Pencegahan Kebakaran & Demonstrasi Latihan Kebakaran pada 18 Disember 2017 bertempat di Bilik Keraian, MPS.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh En Razak Othman daripada Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan. Taklimat tersebut bertujuan untuk memberi kefahaman dan kesedaran tentang bagaimana menangani dan tindakan yang perlu dilaksanakan sekiranya berlaku kebakaran di tempat kerja.

Semua warga MPS telah memberikan kerjasama semasa demonstrasi latihan kebakaran sedang berlangsung dengan mencatatkan rekod keputusan masa terbaik untuk bergerak ke lokasi berkumpul yang terletak di luar kawasan MPS. Program diakhiri dengan penilaian semula terhadap respons kebakaran dan sesi perbincangan.

 

Taklimat Pencegahan Kebakaran & Demonstrasi Latihan Kebakaran

 

Taklimat Pencegahan Kebakaran & Demonstrasi Latihan Kebakaran

Kemaskini Terakhir: Rabu, 15 Ogos 2018 - 9:21am