MENU

Satu sesi penyerahan tiket perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor 2018 telah diadakan di antara pihak jawatankuasa Piala Sultan Selangor dan pihak MPS pada 27 Julai 2018 di lobi Menara MPS. Sesi penyerahan ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Haji Abdul Karim Bin Shaikh Munisar, Pengerusi Jawatankuasa Piala Sultan Selangor  2018. 

Pada tahun ini, MPS telah menerima Sejumlah 5,000 tiket perlawanan yang diserahkan kepada Yang Berbahagia Dato’ Juhari bin Ahmad, Timbalan Yang Dipertua MPS mewakili staf MPS. Turut menerima sumbangan tiket ini adalah ahli-ahli Majlis MPS, wakil agensi kerajaan Daerah Gombak, sekolah-sekolah di sekitar Selayang yang diwakili Unit Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Gombak, Kelab Bola Sepak Bintang Gombak dan Akademi Bola Sepak Merah Kuning Gombak.

Selain itu, majlis juga diserikan dengan sesi ucapan dan perasmian oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Haji Abdul Karim, tayangan video khas dan majlis penyerahan.

Majlis bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.

 

PSS2018

 

PSS2018

 

PSS2018

 

PSS2018

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 16 November 2018 - 11:25am