MENU

Sempena bulan Ramadan 1440H , satu Program Memasak Bubur Lambuk oleh warga MPS telah diadakan pada 15 Mei 2019. Program yang telah diadakan di Perkarangan Menara MPS ini adalah anjuran bersama MPS dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan MPS. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Juhari Bin Ahmad, Pemangku Yang Dipertua MPS. Turut serta dalam program ini adalah Ahli-Ahli Majlis MPS, pengarah-pengarah jabatan dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Negeri Selangor yang turut terlibat dalam memasak bubur lambuk.

Uniknya, Program Memasak Bubur Lambuk pada tahun ini adalah bertemakan pakaian sukan jabatan dan melibatkan hampir 210 orang warga MPS. Program yang menjadi acara tahunan ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial warga MPS kepada masyarakat setempat sempena bulan yang mulia ini di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

Program yang bermula pada jam 9.00 pagi ini selesai pada jam 12.30 tengah hari dengan aktiviti pembungkusan secara gotong royong. Sebanyak 4000 bekas bubur lambuk dihasilkan untuk diagihkan kepada kakitangan MPS, agensi-agensi kerajaan berhampiran dan juga pengunjung Bazar Ramadan.

 

Bubur Lambuk

 

Bubur Lambuk

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 16 Ogos 2019 - 10:59am