MENU

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan program “Masih Ada Yang Sayang” pada 5 Ogos 2018 (Ahad) dari jam 7.00 pagi sehingga 5,00 petang di Zoo Negara Malaysia.

Program ini diadakan setiap tahun oleh MPS sebagai salah satu program kebajikan dengan golongan-golongan yang memerlukan. Tujuan program adalah untuk mengembirakan anak-anak yang kurang bernasib baik selain meringankan sedikit bebanan perbelanjaan yang ditanggung oleh pusat jagaan yang menjaga anak yatim tersebut.

Sebanyak 40 orang kanak-kanak yang merupakan anak-anak yatim dan asnaf daripada Pusat Jagaan Permata Rohani dibawa melawat Zoo Negara. Mereka yang berusia 7 tahun sehingga 17 tahun itu menghabiskan masa hampir satu hari di Zoo Negara dan mengalami pelbagai pengalaman yang seronok dan mengujakan di situ.

Untuk maklumann  program sebegini sering kali diadakan bersempena sambutan bulan Ramadhan bagi tujuan menyampaikan sumbangan berbentuk wang ringgit dan barangan keperluan bagi persiapan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Namun bagi tahun 2018, MPS telah menukar konsep pelaksanaan program dengan melaksanakan aktiviti luar (riadah) bersama-dengan anak-anak yatim.

Mereka dibawa ke Zoo Negara dan dihiburkan dengan pertunjukan haiwan serta diraikan dengan sambutan hari jadi bagi semua anak yatim tersebut.

Selain itu, MPS juga turut memberi sedikit sumbangan berbentuk wang ringgit untuk meringankan bebanan perbelanjaan mereka dan cenderahati kepada setiap anak yatim tersebut.

 

Masih Ada Yang Sayang 2018

 

Masih Ada Yang Sayang 2018

 

Masih Ada Yang Sayang 2018

 

Masih Ada Yang Sayang 2018

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 16 November 2018 - 11:25am