MENU

Kelab Pencinta Alam SMK Darul Ehsan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang telah mengadakan Program Kibar Jalur Gemilang 2019 & Pelancaran Jalur Gemilang Ecobricks pada 26 Ogos 2019 bertempat di Dataran Gemilang, SMK Darul Ehsan.

Program ini telah dirasmikan oleh Puan Hartini Mohd Nasir, Setiausaha Bahagian Eko Inovasi, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC). Program yang merupakan aktiviti tahunan sejak tahun 2015 ini telah berjaya menghasilkan Jalur Gemilang dengan menggunakan pelbagai jenis bahan seperti batu kelikir, botol ecobricks dan tempurung kelapa. Turut diadakan pelancaran Jalur Gemilang Fabrik oleh Pengerusi Kelab Pencinta Alam SMK Darul Ehsan. Program berakhir pada jam 5.00 petang.

 

Jalur Gemilang

Kemaskini Terakhir: Selasa, 17 September 2019 - 5:10pm