MENU

Kelab Sukan dan Kebajikan MPS (KSDK) telah menganjurkan Program Ibadah Korban peringkat Majlis Perbandaran Selayang pada 14 Ogos 2019 bertempat di perkarangan bangunan lama MPS.

Acara tahunan berkonsepkan program sukarelawan ini dijalankan secara gotong-royong bermula dari jam 8.30 pagi hingga 2.30 petang melibatkan seramai 120 orang kakitangan MPS bagi proses melapah dan membungkus.

Pada program ini sebanyak 3 ekor lembu telah ditumbangkan dan agihan daging korban telah disedekahkan kepada Rumah Orang Kurang Upaya Titian Nur Rawang, Orang Asli Bukit Lagong, asnaf dan kakitangan MPS.

 

Qurban 2019

 

Qurban 2019

Kemaskini Terakhir: Selasa, 17 September 2019 - 5:10pm