MENU

Pada 2 Jun 2017, MPS telah melaksanakan Program Bazar Ramadhan Mampan 2017 bertempat di Bazar Ramadhan Bandar Baru Rawang.

 

Program Bazar Ramadhan Mampan anjuran MPS ini merupakan program untuk menggalakkan para peniaga di bazar-bazar Ramadhan mengamalkan ciri-ciri peniaga yang berhemah seperti menjaga etika penyediaan makanan, tidak menggunakan bekas-bekas styrofoam, mengitar semua minyak masak, dan sebagainya. Program ini turut disertai oleh Pejabat Kesihatan Daerah Gombak.

 

Program yang bermula jam 4.00 petang ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Gan Pei Nei, Ahli Dewan Negeri Rawang. Turut hadir, Yang Berusaha Tuan Suliman bin Abd Rahman, Yang Dipertua MPS dan Yang Berusaha Tuan Ang Tan Loong, Ahli Majlis Zon 16 MPS. Antara Aktiviti yang diadakan adalah edaran topi dan apron kepada para peniaga dan risalah-risalah kesedaran kepada para pengunjung.

 

Bazar

Kemaskini Terakhir: Ahad, 25 Jun 2017 - 12:00am