MENU

Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan, MPS telah mengadakan Perhimpunan Bulan Ogos bersekali dengan Kempen Kibar Jalur Gemilang yang telah diadakan di Dataran MPS pada 28 Ogos 2019. Sambutan ini turut disertai oleh Ahli-Ahli Majlis MPS, para pengarah dan kira-kira seramai 400 orang kakitangan MPS untuk menyaksikan serta memeriahkan majlis sambutan ini.

Menariknya sambutan kemerdekaan pada tahun ini telah mendapat kerjasama daripada Kelab Sukan dan Kebajikan (KSDK) MPS yang telah mengedarkan ‘Unity Ribbon’ kepada 1200 orang kakitangan MPS untuk dipakai sepanjang bulan kemerdekaan ini. ‘Unity Ribbon’ ini adalah merupakan satu inisiatif badan NGO iaitu Projek57 yang mempromosikan semangat perpaduan dan patriotisme di kalangan masyarakat Malaysia selain dapat membantu golongan yang tidak bernasib baik.

Selain itu juga, antara pengisian program adalah acara perbarisan daripada Anggota Penguatkuasa MPS, Sesi Pengenalan Program Pementoran MPS siri 1/2019, simbolik penyerahan ‘Unity Ribbon’ Projek 57 dan penyerahan Jalur Gemilang kepada Ahli-Ahli Majlis MPS. Majlis bersurai pada jam 10.30 pagi dengan nyanyian Lagu Jalur Gemilang.

 

Jalur Gemilang

 

Jalur Gemilang

 

Kemaskini Terakhir: Selasa, 17 September 2019 - 5:10pm