MENU

Sebanyak 17 perhentian penumpang di dalam laluan Bas Smart Selangor MPS 02 (Rawang) dengan jajaran sepanjang 18 km telah disediakan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang. Kawasan perhentian seperti institusi persekolahan, tempat beribadah dan pasaraya menjadi keutamaan pihak kerajaan negeri pada pelancaran kali ini. Majlis telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Teng Chang Khim Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana (IKS) Dan Pengangkutan Negeri Selangor pada 3 Oktober 2017.

Bas Smart Selangor 2

Kemaskini Terakhir: Rabu, 15 November 2017 - 4:24pm