MENU

25 Mei 2016 - MPS bersama 70 anggota dari 8 agensi kerajaan telah melaksanakan Operasi Bersepadu di sekitar kawasan Pasar Selayang. Dalam operasi yang bermula sekitar jam 9 pagi, sebanyak 14 kompaun telah dikeluarkan dan lebih 35 khemah jualan haram termasuk barang-barang jualan seperti ikan, ayam, sayur, buah-buahan dan sebagainya telah dirampas oleh MPS..

Kompaun-kompaun yang dikeluarkan adalah berdasarkan Seksyen 46(1)(d) - Meletakkan barang/benda yang digunakan untuk berhubungan dengan trednya di tempat awam sehingga menyebabkan halangan.

Kompaun, denda dan sitaan juga telah dilaksanakan oleh agensi-agensi lain seperti DBKL, KPDNK, SPAD dan Jabatan Imigresen Malaysia atas pelbagai kesalahan seperti perniagaan tanpa lesen, tidak mempamerkan tanda harga dan tangkapan pekerja asing atas kesalahan tinggal lebih masa.

Operasi yang berakhir sekitar jam 2 petang ini telah disertai oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Suruhanjaya Pengangkutan Awan dan Darat (SPAD), Jabatan Imigresen Negeri Selangor, anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dan Sentul, Lembaga Pemasaran Pertanian Persukutuan (FAMA), Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Syarikat Malysia (SSM).

Operasi ini telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Juhari bin Ahmad, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang. Turut serta adalah Tuan Mohd Fauzan bin Madzlan, Ahli Majlis MPS Zon 10 dan Tuan Lim Ching How, Ahli Majlis MPS Zon 9.

Dato’ Juhari memaklumkan, operasi bersepadu seperti ini akan dijalankan secara berkala memandangkan kawasan di Pasar Selayang merupakan kawasan yang sering mendapat aduan dari orang awam terutama dari segi kesesakan lalu lintas, kebersihan dan kes jenayah. MPS juga akan berusaha untuk menyelesaikan isu-isu yang melibatkan agensi kerajaan yang lain, terutama isu persempadanan yang melibatkan DBKL.

 

 

Image 1

Image 2

Image 3

Kemaskini Terakhir: Isnin, 18 September 2017 - 12:00am