MENU

Majlis Perbandaran Selayang telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)  tahun 2017 dan Majlis Jamuan Raya Aidilfitri bagi Tahun 2018 dan di Menara MPS pada 10 Julai 2018.

Pada tahun ini, seramai 89 orang staf MPS telah menerima anugerah APC di mana semua penerima menerima sijil perkhidmatan cemerlang dan juga Sijil Simpanan Premium bernilau RM1,000.

Tuan YDP MPS dalam ucapan beliau berharap penerima APC akan terus komited dan meningkatkan prestasi kerja masing-masing demi menaikkan lagi imej dan kredibiliti MPS. Beliau juga menyeru kepada semua staf lain yang tidak menerima APC agar berputus asa dan terus berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai kecermelangan.

Majlis APC ini turut dihadiri Dato’ Amirul Azizan, Pegawai Daerah Gombak dan YB Sallehudin Amiruddin, ADN Kuang.

Selepas penyampaian, Majlis Diteruskan dengan sambutan rumah terbuka MPS. Tuan YDP dalam ucapan beliau menyatakan penggabungan du majlis pada tahun ini adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan langkah berjimat cermat di dalam perbelanjaan. Sambutan kali ini juga membawa kelainan dimana MPS menggunakan sepenuhnya peralatan makanan 100% dari bahan mudah urai bagi menggalakkan amalan kitar semula di kalangan pengunjung. Hampir 1500 pengunjung hadir pada Majlis Rumah terbuka MPS kali ini.

MPS turut berbesar hati apabila YAB berhormat Tuan Amirudin Bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor bersama tetamu kehormat yang lain turut hadir ke majlis ini.

 

apc2018

 

apc2018

 

apc2018

 

apc2018

 

apc2018

 

apc2018

 

apc2018

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 16 November 2018 - 11:25am