MENU

Majlis pelancaran 'Greenwood The New Outlook' dan Kempen Basmi Tikus peringkat MPS telah diadakan pada 25 Ogos 2019 (Sabtu) bertempat di Medan Selera Taman Greenwood, Gombak. Program yang telah dirasmikan oleh YB Tuan Muhammad Hilman Bin Idham, Ahli Dewan Negeri Gombak Setia merangkap Setiausaha Politik kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Program ini merupakan satu usaha bagi membangun dan menceriakan kawasan Taman Greenwood bagi memacu pembangunan yang sejahtera. Selain itu, program basmi tikus ini juga bertujuan membentuk kesedaran masyarakat tentang bahaya tikus dan usaha-usaha untuk membasmi pembiakannya.

Turut diadakan pada majlis tersebut, penyampaian kit basmi tikus kepada wakil-wakil kawasan yang telibat dalam kempen ini dan juga perasmian mural bazar greenwood serta penyampaian sijil penghargaan kepada pelukis mural daripada Temu Studio. Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah pertandingan cari dan lupus tikus dan cabutan bertuah.

 

New Greenwood

 

New Greenwood

Kemaskini Terakhir: Selasa, 17 September 2019 - 5:10pm