MENU

TAHNIAH!! kepada Kumpulan THOIFAH yang mewakili MPS bersama rakan sepasukan, Badan Pengurusan Pangsapuri Kenanga bagi kemenangan tempat ketiga untuk kategori Inovasi Sosial (Penciptaan) yang telah berlangsung di Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor 2017.

Manakala wakil daripada Sungai Buloh di bawah kategori sektor awam (agensi lain) telah menerima hadiah penghargaan bagi Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) tahun 2017

Kesemua sesi penyampaian anugerah dan pengiktirafan kepada para pemenang telah dibawa ke Majlis Apresiasi Inovasi Peringkat Negeri Selangor pada 12 Oktober 2017 dan dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Inovasi 2017

Inovasi 2017 

Kemaskini Terakhir: Rabu, 15 November 2017 - 4:24pm