MENU

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Majlis Perbandaran Selayang telah berlangsung pada 18 Jun 2019 (Selasa) bertempat di Lobi Menara MPS. Seramai 88 orang penerima telah terpilih untuk menerima APC tahun 2018 sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan terhadap perkhidmatan mereka.

Turut disampaikan Anugerah Jasamu Dikenang khusus untuk para pesara bagi tahun 2019. Anugerah ini diberikan kepada 22 orang pesara. Penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Muhammad Hilman Bin Idham, Ahli Dewan Negeri Gombak Setia merangkap Setiausaha Politik kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua penerima APC 2018.

 

APC2019

 

APC2019

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 12 Julai 2019 - 6:54pm