MENU

Seramai 81 pelajar daripada Diploma Kesihatan Persekitaran Semester 3, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Pulau Pinang, Kampus Bertam telah melawat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 27 Oktober 2017. Menurut tenaga pengajar yang mengetuai lawatan, kunjungan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang aktiviti perkhidmatan pengurusan sisa pepejal.

Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan & Sisa Pepejal, MPS telah mengadakan sesi pembentangan dan bagi pembelajaran yang lebih praktikal, pelajar-pelajar ini turut dibawa melawat tapak projek-projek yang melibatkan pengurusan sampah seperti proses kitar semula dan pembuatan baja kompos.

UiTM Pulau Pinang

UiTM Pulau Pinang

Kemaskini Terakhir: Rabu, 15 November 2017 - 4:24pm