MENU

Pada tarikh 30 Oktober 2017, MPS telah menerima kunjungan daripada delegasi Republik Korea. Matlamat kunjungan ini adalah untuk memberi peluang kepada kedua-dua pihak bertukar pandangan dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman mengenai pentadbiran sebagai sebuah majlis perbandaran.

 

Seramai 23 orang daripada Majlis Daerah Yeongdeungpo yang terdiri daripada Presiden, Naib Presiden dan Ahli-ahli Majlis hadir pada program tersebut. Sesi pembentangan dan soal jawab telah dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Juhari bin Ahmad, Timbalan Yang Dipertua MPS.

 

Yeongdeungpo District Council

 

Yeongdeungpo District Council

Kemaskini Terakhir: Rabu, 15 November 2017 - 4:24pm