MENU

ANULAE cawangan MPS amat berbesar hati menerima kunjungan daripada ANULAE cawangan MP Kulai pada 19 Jun 2019 (Rabu) bertempat di Bilik Anggerik, Tingkat 9 Menara MPS. Kunjungan ini telah dihadiri seramai 40 orang yang diketua oleh YBrs. Sr. Dr. Haji Soeb Bin Pawi, Pengerusi ANULAE cawangan MP Kulai.

Kunjungan ini telah disambut oleh Tuan Haji Jamaluddin Bin Mat Dari, Pengerusi ANULAE cawangan MPS. Antara pengisian lawatan ini ialah taklimat tentang Majlis Perbandaran Selayang yang telah disampaikan oleh En Mohamad Zin Bin Masoad, Pengarah Jabatan Korporat MPS. Program diteruskan dengan taklimat tentang ANULAE cawangan MPS yang telah disampaikan oleh pengerusi ANULAE MPS. Majlis berakhir pada jam 12 tengahari dengan sesi penyampian cenderahati dan makan tengahari.

 

ANULAE Kulai

 

ANULAE Kulai

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 12 Julai 2019 - 6:54pm