MENU

Kursus keusahawanan penyewa premis Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 2017 yang diadakan pada 30 Oktober 2017 bertujuan untuk memberi kesedaran dan menyemai sikap bertanggungjawab dalam pengurusan perniagaan kepada penyewa gerai MPS. Selain itu, program ini dapat membantu para peniaga mempelajari pengurusan kewangan dengan lebih cekap disamping menerima pendedahan berkenaan cara penjagaan premis MPS yang baik.

Seramai 58 orang penyewa bersama beberapa Ahli-ahli Majlis telah hadir menyertai program anjuran Jabatan Perbendaharaan & Pengurusan Harta (JPPH), MPS tersebut.

Kursus Keusahawanan 2017

Kursus Keusahawanan 2017

Kemaskini Terakhir: Rabu, 15 November 2017 - 4:24pm