MENU

Karnival 3W (Women, Welfare, Wellness) peringkat Majlis Perbandaran Selayang telah berlangsung di Padang Awam Batu Caves dengan kehadiran pengunjung hampir 5,000 orang. Karnival ini telah dirasmikan oleh YAB Tuan Haji Amirudin Bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor dengan mengangkat tema Hari Denggi ASEAN dan Hari Bapa. Turut hadir sama YB Dr Siti Mariah Binti Mahmud, EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga Negeri Selangor.

Karnival yang berlangsung kali ke enam ini menyediakan pelbagai aktiviti antaranya plogging 10,000 langkah, Basmi Denggi, Pertandingan Futsal, Bengkel Keusahawanan Wanita Strata dan Pertandingan Gasing Hero BayBlade Bapa dan Anak. Selain itu, turut diadakan Talk Show – Papaku Adiwira, Mamaku Kejora : “Bapa Hebat dan Keluarga Unggul” bersama artis undangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Karnival berakhir pada jam 10.30 malam.

 

Karnival 3W

 

Karnival 3W

 

Karnival 3W

Kemaskini Terakhir: Selasa, 10 September 2019 - 5:30pm