MENU

Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin telah berkenan merasmikan Ekspedisi Saintifik Biodiversiti Diraja Taman Negeri Selangor Bukit Fraser pada 26 Ogos 2019 bertempat di Taman Rimba Komanwel.

Pada ekspedisi yang dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor ini, baginda telah melancarkan dua buku dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berjudul Enchanted Orchids of Fraser's Hill dan Wonders of Malaysian Orchids : Unveiling Vanilla Norashikiniana serta buku dari Taman Rimba Komanwel Reflections 25 Years Of vThe Commonwealth Eco Forest Park. Ekspedisi yang melibatkan 300 orang peserta ini berakhir pada jam 12.00 tengahari.

 

Fraser

 

Fraser

Kemaskini Terakhir: Selasa, 17 September 2019 - 5:10pm