MENU

Assalamualaikum wbkt. Dipertemukan lagi kita di ruangan ini.

 

 

1. Prestasi Semasa Kutipan Cukai Taksiran

  • Untuk makluman, sehingga 31 Julai 2016, MPS berjaya mengutip cukai taksiran semasa 2016 sebanyak RM 47.81 juta (49.26%) daripada RM 97.05 juta.
  • Untuk kutipan tunggakan cukai taksiran pula,  sebanyak RM 5.79 juta (48.56%) berjaya dikutip daripada jumlah tunggakan keseluruhan sebanyak RM 11.92 juta.
  • Pihak MPS telah mengeluarkan waran tahanan bagi pemilik yang mempunyai tunggakan RM200.00 ke atas beRMula 1hb april 2016. Sebanyak 29,422 keping waran telah dikeluarkan dan dihantar sehingga 30 jun 2016.
  • Pihak majlis juga telah melaksanakan tindakan sitaan bagi pemilik yang gagal menjelaskan bayaran cukai taksiran setelah tempoh waran tamat. Sebanyak 1,132 sitaan telah dijalankan sehingga 31 Julai 2016.
  • Saya juga ingin memaklumkan bahawa tarikhg akhir bayaran pcukai taksiran bagi penggal dua akan tamat pada 31 Ogos 2016. Selepas tamat tempoh, pihak MPS akan mengeluarkan notis dan seterusnya waran tahanan kepada  pemilik harta.

 

2. Kejohanan 8th International Jet Sports Challenge 2016

  • Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih semua yang terlibat dan memberi komitmen dalam menjayakan kejohanan 8th International Jet Sports Challenge 2016 yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 27 sehingga 28 Ogos 2016 di Tasik Biru Kundang, Kuang Selangor.
  • Alhamdullilah, kejohanan yang telah masuk edisi ke lapan ini terus mendapat sambutan dari peminat sukan air luar dan dalam negara. Dengan adanya kejohanan seperti ini, secara tidak langsung kita dapat memperkenalkan Tasik Biru Kundang sebagai kawasan riadah dan sukan air yang terulung di negeri Selangor.

 

3. Konvensyen Team Excellence Wilayah Selatan 2016

  • Untuk makluman, pada 15 sehingga 16 Ogos 2016, MPS telah menghantar dua penyertaan ke Konvensyen Team Excellence Wilayah Selatan 2016 di Johor Bahru. Dua pasukan tersebut adalah pasukan Kaizen II dan kumpulan USF.

Bil

Kumpulan

Jabatan

Tajuk projek

  1.  

Kaizen II

Jabatan Penguatkuasa & Keselamatan

Kesukaran membasmi sarang tebuan dan lebah di kawasan Majlis Perbandaran Selayang.

  1.  

USF

Jabatan Bangunan

Kelewatan meluluskan tambahan dan ubahsuai tingkat bawah rumah kediaman di Majlis Perbandaran Selayang.

 

  • Apa yang boleh dibanggakan adalah kedua-dua pasukan kita telah berjaya memenangi anugerah emas pada konvensyen ini. Tahniah diucapkan.
  • Adalah diharap di masa hadapan akan lebih banyak lagi kumpulan yang akan menyertai dan seterusnya mencapai kejayaan sebegini.

 

4. Gua Damai International Base Jump 2016

  • MPS akan menganjurkan program Gua Damai International Base Jump 2016, bertempat di Gua Damai pada 27 hingga 28 September 2016. Program ini merupakan anjuran kali ke-3 MPS dengan peruntukan sebanyak RM 20,000 daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor dan Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor dan peruntukan daripada MPS sebanyak RM 20,000.00.
  • Salah satu aktiviti menarik yang akan diadakan adalah terjunan secara bebas dari platform setinggi 317 kaki dari puncak Gua Damai yang dimulakan seawal jam 6.45 pagi. Program ini akan melibatkan seramai 70 peserta dari 13 buah negara.
  • Saya berharap program ini akan berjalan dengan lancar dan mencapai objektif penganjuran. Insyallah.

 

5. Ucapan Kemerdekaan

  • Disini saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan ”Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-59” kepada semua Ahli Majlis, Pengarah dan warga Selayang.
  • Pada tahun ini "Sehati Sejiwa" dipilih menjadi Tema Hari Kebangsaan ke 59 yang  mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat malaysia. Ianya merupakan tema yang sama pada tahun 2015.
  • Secara tidak langsung tema ini juga dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan kita semua tanpa mengira latar belakang agama yang kita anuti, warna kulit yang menyaluti tubuh badan kita, pangkat atau darjat. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kata-kata azimat tersebut sudah cukup menggambarkan betapa kita perlu bersatu hati.
  • Sama-sama kita menghayati erti sebuah kemerdekaan - menghargai keamanan yang kita kecapi sekarang - kenang jasa-jasa pejuang dahulu.

 

Dengan kata-kata itu, saya mengakhiri ucapan saya dengan wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 

 

 

Sekian, terima kasih.  

Tuan Suliman bin Abd. Rahman AMS, PPT
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Selayang

Kemaskini Terakhir: Rabu, 18 Oktober 2017 - 9:50am