MENU

Hari Inovasi dan Integriti MPS 2017, telah berlangsung pada 19 Disember 2017 di dalam perhimpunan bulanan MPS bil 12/2017 yang bertempat di Lobi MPS. Tuan Suliman bin Abdul Rahman, Yang Dipertua MPS telah menyempurnakan majlis perasmian tersebut serta melancarkan Buku Pelan Strategik dan Buku EKSA.

 

Sejurus itu, majlis telah diteruskan dengan penyampaian Anugerah Reward YDP kepada staff-staff MPS yang mempamerkan pencapaian-pencapaian terbaik sepanjang tahun 2017.

 

Pada waktu yang sama, bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam juga dijalankan bersempena dengan program pada hari tersebut dan telah diketuai oleh En Razak bin Othman daripada Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan. Majlis disudahi dengan lawatan pameran dan ceramah integriti pada sebelah petang.

 

 

Hari Inovasi dan Integriti MPS 2017

 

Hari Inovasi dan Integriti MPS 2017